Pendekatan Dalam Merawati Obesiti

Ingat, obesiti adalah penyakit kronik. Terdapat pelbagai jenis pendekatan dalam merawati obesiti yang boleh dipertimbangkan, daripada perubahan gaya hidup seperti pemakanan dan senaman, kepada penggunaan ubat anti-obesiti dan pembedahan.1,2 Doktor anda boleh membantu untuk menentukan pendekatan rawatan yang sesuai dengan anda.
Banner

Pendekatan Dalam Merawati Obesiti

Ingat, obesiti adalah penyakit kronik. Terdapat pelbagai jenis pendekatan dalam merawati obesiti yang boleh dipertimbangkan, daripada perubahan gaya hidup seperti pemakanan dan senaman, kepada penggunaan ubat anti-obesiti dan pembedahan.1,2 Doktor anda boleh membantu untuk menentukan pendekatan rawatan yang sesuai dengan anda.

Perubahan Gaya Hidup

Eating for wellness
Pemakanan sihat

Seperti yang diketahui ramai, pemakanan yang sihat dan seimbang adalah sumber nutrien penting dan membantu individu mengawal pengambilan kalori. Satu diet yang sempurna untuk semua orang tidak wujud—setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza berdasarkan pelbagai faktor.3,4

Diet yang mengehadkan kalori boleh jadi mencabar,1 tetapi anda boleh dapatkan sokongan.5 Anda boleh berbincang dengan pakar diet atau pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang tepat.

Kekal aktif
Kekal aktif

Pergerakan sangat penting untuk kesihatan anda.5,6 Selain membakar kalori, aktiviti fizikal secara berkala juga boleh meningkatkan metabolisme anda. Ini dapat membantu anda mengekalkan berat yang sihat.3,7 Aktiviti fizikal tidak semestinya berlaku di gim sahaja; perubahan kecil seperti berjalan lebih banyak, menggunakan tangga berbanding eskalator, bermain dengan anak-anak, atau berjalan dengan haiwan peliharaan juga boleh memberikan impak.8

Aktiviti fizikal bukan sahaja bermanfaat untuk metabolisme—ia juga meningkatkan kesejahteraan emosi anda.7

<span>Ubat pengurusan obesiti<sup>9</sup></span>
Ubat pengurusan obesiti9

Ubat anti-obesiti boleh menjadi pilihan dalam keadaan-keadaan tertentu untuk julat BMI yang telah ditetapkan. Penggunaannya memerlukan penilaian menyeluruh oleh pakar dan hanya boleh digunakan selepas mendapat preskripsi. Ubat-ubatan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan kosmetik dan adalah untuk individu yang menghidapi obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan dengan komplikasi kesihatan yang disebabkan oleh obesiti. Ia berfungsi melalui mekanisme seperti pengurangan selera makan yang dapat membantu individu mematuhi pelan pemakanan. Ubat-ubatan ini mungkin mempunyai kesan sampingan dan tidak sesuai untuk semua orang. Sesetengahnya juga tidak boleh digunakan oleh individu di bawah umur 18 tahun. Sila rujuk doktor anda jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang cara mengurus obesiti.

Pembedahan atau surgeri
Pembedahan atau surgeri

Pembedahan bariatrik atau metabolik mungkin menjadi pilihan untuk rawatan obesiti bagi individu yang berada dalam julat BMI tertentu dan mempunyai komplikasi kesihatan akibat obesiti.10,11 Prosedur yang dilakukan oleh pakar bedah ini bukan bertujuan kosmetik dan akan mengubah saluran penghadaman untuk mengehadkan pengambilan makanan (contohnya: sleeve gastrectomy dan gastric banding) atau mengalihkan aliran makanan ke arah usus untuk mengurangkan rasa lapar (contoh: pintasan gastrik).10,12 

Pembedahan memerlukan penilaian pra-pembedahan yang menyeluruh, komitmen seumur hidup terhadap perubahan gaya hidup dan pemakanan yang sihat, serta pengambilan suplemen unsur surih sepanjang hayat dan pemantauan kesihatan yang berterusan.10,11

Kesan sampingan dan komplikasi adalah risiko untuk jenis rawatan ini. Oleh itu, ia tidak sesuai untuk semua orang.10

RujukanExpand Icon
  1. Obesity and overweight. WHO. Available at: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/obesity-and-overweight. Accessed on 04-04-2025
  2. National Heart, Lung, and Blood Institute. Overweight and obesity: treatment. Updated March 24, 2022. Accessed August 5, 2024. https://www.nhlbi.nih.gov/health/overweight-and-obesity/treatment
  3. Melby CL, Paris HL, Foright RM, Peth J. Attenuating the biologic drive for weight regain following weight loss: must what goes down always go back up? Nutrients. 2017;9(5):468. doi:10.3390/nu9050468
  4. Cena H, Calder PC. Defining a healthy diet: evidence for the role of contemporary dietary patterns in health and disease. Nutrients. 2020;12(2):334. doi:10.3390/nu12020334
  5. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Eating & physical activity to lose or maintain weight. Reviewed May 2023. Accessed August 5, 2024. https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/adult-overweight-obesity/eating-physical-activity
  6. Centers for Disease Control and Prevention. Physical activity and your weight and health. Updated December 27, 2023. Accessed August 5, 2024. https://www.cdc.gov/healthy-weight-growth/physical-activity/index.html
  7. American Diabetes Association. Health and wellness: anaerobic exercise and diabetes. Accessed August 5, 2024. https://diabetes.org/health-wellness/fitness/anaerobic-exercise-diabetes
  8. National Heart, Lung, and Blood Institute. Exercise and fitness: guide to physical activity. Accessed August 5, 2024. https://www.nhlbi.nih.gov/health/educational/lose_wt/phy_act.html
  9. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Prescription medications to treat overweight & obesity. Reviewed June 2024. Accessed August 5, 2024. https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/prescription-medications-treat-overweight-obesity
  10. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Types of weight-loss surgery. Reviewed September 2020. Accessed August 5, 2024. https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/bariatric-surgery/types
  11. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Potential candidates for weight-loss surgery. Reviewed September 2020. Accessed August 5, 2024. https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/bariatric-surgery/potential-candidates
  12. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Weight-loss (metabolic & bariatric) surgery. Reviewed July 2016. Accessed August 5, 2024. https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/bariatric-surgery