Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web

Dikemaskini: 14 Julai 2025 

1. Tujuan dan Penerimaan. Laman web yang anda sedang akses (“Laman Web”) dimiliki dan dikendali oleh Zuellig Pharma (“Zuellig Pharma”, “kami” dan “milik kami”) dan mengandungi maklumat mengenai produk yang diedarkan oleh Zuellig Pharma.  

Laman web ini bertujuan untuk digunakan oleh penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas 

Maklumat tentang bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat anda serta penggunaan anda terhadap Laman Web ini boleh didapati dalam Dasar Privasi kami. 

 Dengan menggunakan Laman Web ini atau mendaftar sebagai pengguna, anda bersetuju untuk terikat kepada terma penggunaan dalam halaman ini (“Terma”) dan Dasar Privasi kami. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma ini dan Dasar Privasi kami, sila berhenti menggunakan Laman Web ini serta-merta dan maklumkan kepada kami untuk menamatkan pendaftaran anda (jika ada).  

Kami berhak untuk mengubah Terma dari semasa ke semasa, jika wajar dan perlu. Jika anda terus menggunakan Laman Web ini selepas pindaan terhadap Terma telah dipaparkan, penggunaan anda akan dianggap sebagai: (1) makluman anda terhadap Terma yang telah dipinda; dan (2) persetujuan anda untuk mematuhi dan terikat kepada Terma yang telah dipinda tersebut. 

2. PENAFIAN PENTING. 

SEMUA MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM LAMAN WEB INI ADALAH UMUM DAN TIDAK SEPATUTNYA DIJADIKAN ASAS UNTUK MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN. TIADA APA-APA DI LAMAN WEB INI YANG PATUT DITAFSIRKAN SEBAGAI NASIHAT ATAU CADANGAN BERKAIT DENGAN SEBARANG KEPUTUSAN ATAU TINDAKAN MELIBATKAN KESIHATAN ANDA ATAU ORANG LAIN. 

ANDA PERLU MAKLUM BAHAWA LAMAN WEB INI TIDAK MENYEDIAKAN NASIHAT PERUBATAN PROFESIONAL DAN TIDAK PATUT DIGUNAKAN SEBAGAI PENGGANTI PERUNDINGAN PERIBADI DENGAN DOKTOR YANG BERKELAYAKAN. ANDA HARUS SENTIASA MENDAPATKAN NASIHAT DARIPADA PAKAR YANG LAYAK BAGI SEBARANG SOALAN BERKAITAN PENYAKIT, GEJALA PENYAKIT, DAN RAWATAN YANG SESUAI. JIKA ANDA DALAM KECEMASAN, SILA DAPATKAN RAWATAN SEGERA. 

JIKA ANDA SEORANG DOKTOR ATAU PENGAMAL PENJAGAAN KESIHATAN YANG BERKELAYAKAN, ANDA TIDAK SEHARUSNYA MENGGANTIKAN PERTIMBANGAN PERUBATAN PROFESIONAL ANDA DENGAN KANDUNGAN DI LAMAN WEB INI. ZUELLIG PHARMA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG TINDAKAN YANG ANDA AMBIL SETELAH MEMBACA KANDUNGAN DI LAMAN INI. 

LAMAN WEB INI MUNGKIN MENGANDUNGI MAKLUMAT MENGENAI PRODUK, PETUNJUK, PENYELIDIKAN, PENYAKIT DAN RAWATANNYA. KAMI TIDAK MEMBUAT SEBARANG KENYATAAN BAHAWA MAKLUMAT DI LAMAN INI SESUAI ATAU TERSEDIA UNTUK DIGUNAKAN DI LUAR KAWASAN PENGGUNA YANG DISASARKAN. PETUNJUK YANG DILULUSKAN ATAU MAKLUMAT UBAT YANG DILULUSKAN BERBEZA MENGIKUT NEGARA, DAN MAKLUMAT DI LAMAN WEB INI MUNGKIN TIDAK SESUAI BAGI KAWASAN LUAR DARIPADA KAWASAN YANG TELAH DITENTUKAN. 

MEREKA YANG MEMILIH UNTUK MENGAKSES LAMAN WEB INI DARI LOKASI LAIN MELAKUKANNYA ATAS RISIKO SENDIRI DAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMATUHI UNDANG-UNDANG TEMPATAN, JIKA DAN SEHINGGA UNDANG-UNDANG TEMPATAN TERPAKAI. TIADA APA-APA YANG TERKANDUNG DI SINI HARUS DITAFSIRKAN SEBAGAI SATU PERMINTAAN ATAU PROMOSI UNTUK MANA-MANA PRODUK ATAU PETUNJUK YANG TIDAK DILULUSKAN OLEH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KAWASAN BERKENAAN. 

3. Penggunaan yang Dibenarkan bagi Laman Web. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju untuk: 
     (a)          hanya menggunakannya mengikut tujuan akses yang disediakan dan selaras dengan semua undang-undang serta peraturan yang terpakai; 
     (b)         jika anda telah mendaftar akaun, anda harus merahsiakan maklumat log masuk anda (iaitu nama pengguna dan kata laluan), jangan berkongsi dengan mana-mana pihak ketiga, dan segera melaporkan kepada pentadbir sistem kami jika maklumat log masuk anda terdedah atau digunakan secara tidak sah; 
     (c)          jika Laman Web ini membenarkan penyerahan Kandungan Buatan Pengguna: 
            (i)           tidak menyerahkan sebarang kandungan bagi pihak orang lain tanpa kebenaran mereka yang jelas; dan 
            (ii)         tidak memuat naik, menghantar atau menyiarkan, mengisi atau menerbitkan sebarang maklumat yang menyalahi undang-undang, lucah, mengelirukan, mengganggu, mengugut, memfitnah, menghasut, tidak sopan atau menyakitkan hati pihak ketiga, atau yang tidak wajar; atau yang melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan, atau hak milik dan privasi mana-mana pihak ketiga; 
     (d)         tidak menghantar spam kepada mana-mana individu atau sistem; 
     (e)          tidak menghantar atau memasukkan sebarang data, atau memuat naik sebarang bahan yang mengandungi virus, kuda trojan, worm, bom masa, perakam kekunci, perisian intip, perisian iklan atau sebarang program berbahaya lain atau kod komputer seperti itu yang direka untuk menjejaskan operasi mana-mana perisian atau perkakasan komputer. 

Zuellig Pharma mempunyai hak, tetapi bukan kewajipan, untuk memantau atau menyiasat penggunaan anda terhadap Laman Web ini pada bila-bila masa bagi memastikan pematuhan ke atas Terma ini. Keputusan kami sama ada berlakunya pelanggaran Terma akan dianggap muktamad dan terikat, dan sebarang tindakan yang diambil berkaitan penguatkuasaan Terma ini, termasuk tidak mengambil sebarang tindakan, adalah mengikut budi bicara mutlak kami. 

Sekiranya anda gagal mematuhi Terma ini, kami boleh menggantung atau menamatkan akaun pengguna anda (jika telah wujud) untuk Laman Web ini atau mengambil langkah lain yang sepatutnya, mengikut pertimbangan kami. Anda bersetuju bahawa kami boleh berkongsi maklumat peribadi anda serta rekod aktiviti anda di Laman Web ini dengan mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau menurut perintah mahkamah. 

4. Kandungan Buatan Pengguna. Anda faham dan bersetuju bahawa sebarang komunikasi atau bahan lain yang anda pilih untuk serahkan kepada kami melalui Laman Web ini, atau terbitkan di Laman Web ini, seperti soalan, komen, cadangan dan maklum balas (“Kandungan Buatan Pengguna”), adalah tidak sulit, dan Zuellig Pharma serta syarikat berkaitannya (“Zuellig Pharma Group”) berhak untuk menghasilkan semula, menggunakan, mendedahkan dan menyesuaikan Kandungan Buatan Pengguna tersebut (atau mana-mana bahagiannya) tanpa perlu memberi sebarang notis, pampasan atau pengiktirafan kepada anda berkenaan dengan kandungan tersebut. 

5. Hak Harta Intelek. Anda mengakui dan bersetuju bahawa semua hak, milikan dan kepentingan (termasuk hak harta intelek) terhadap kandungan di Laman Web ini adalah milik dan akan terus menjadi milik Zuellig Pharma dan/atau pemberi lesennya, dan anda tidak mempunyai sebarang hak ke atasnya melainkan hak untuk menggunakan Laman Web ini selaras dengan Terma ini. Kecuali jika telah dinyatakan secara bertulis oleh Zuellig Pharma, anda bersetuju untuk tidak membuat salinan atau mencipta karya terbitan berdasarkan kandungan di Laman Web ini atau mana-mana bahagiannya, atau mengedar, menyiarkan semula, memaparkan, menyiarkan atau menghantar mana-mana bahagian Laman Web ini dan maklumat serta bahan yang terkandung di dalamnya dengan apa-apa cara sekalipun, atau menyimpan kandungan tersebut dalam sistem pengambilan maklumat tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Zuellig Pharma. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan sebarang robot, spider, scraper atau kaedah automatik lain untuk mengakses Laman Web ini untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran bertulis secara nyata daripada kami. Selain itu, anda tidak dibenarkan, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Zuellig Pharma, untuk memasukkan hiperpautan ke Laman Web ini (atau mana-mana bahagiannya) dalam mana-mana laman web atau halaman web lain, atau "mencerminkan" sebarang bahan yang terkandung di Laman Web ini di mana-mana pelayan lain. Anda juga tidak dibenarkan mewujudkan dan/atau mengekalkan, di mana-mana laman web atau halaman web, sebarang pautan masuk, pautan bingkai dan/atau sebarang jenis hiperpautan lain ke Laman Web ini atau mana-mana bahagiannya (termasuk tanpa had terhadap mana-mana halaman web, imej, video, audio, grafik, teks, kod, program dan/atau bahan lain di Laman Web ini). 

Cap dagangan, tanda perkhidmatan dan logo yang digunakan dan dipaparkan di Laman Web ini (“Cap Dagangan”) adalah Cap Dagangan berdaftar dan tidak berdaftar milik Zuellig Pharma dan/atau pemberi lesennya. Tiada apa-apa di Laman Web ini yang boleh ditafsirkan sebagai kebenaran, secara tersirat, estoppel, atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Cap Dagangan yang dipaparkan di Laman Web ini, tanpa kebenaran bertulis daripada Zuellig Pharma. Zuellig Pharma melarang penggunaan mana-mana Cap Dagangan sebagai pautan panas ke Laman Web ini, mana-mana laman web Zuellig Pharma atau mana-mana laman lain melainkan penubuhan pautan tersebut dan penggunaan Cap Dagangan tersebut telah diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Zuellig Pharma. 

Gambar produk, individu atau tempat yang dipaparkan dalam Laman Web ini adalah milik Zuellig Pharma, atau digunakan dengan kebenaran daripada pemberi lesen Zuellig Pharma. Penggunaan gambar-gambar ini oleh anda atau sesiapa sahaja yang anda benarkan adalah dilarang melainkan secara khusus dibenarkan oleh Terma ini atau melalui kebenaran bertulis khusus daripada Zuellig Pharma. Sebarang penggunaan gambar tanpa kebenaran mungkin melanggar undang-undang hak cipta, undang-undang cap dagangan, undang-undang privasi dan publisiti, serta peraturan dan undang-undang komunikasi. 

6. Penggunaan Data. Kami mungkin mengumpul maklumat tentang penggunaan anda terhadap Laman Web ini. Sila rujuk Dasar Privasi kami. 

7. Kandungan Pihak Ketiga. Laman Web ini juga mungkin mengandungi pautan ke platform dan kandungan pihak ketiga yang lain (“Kandungan Pihak Ketiga”). Penggunaan Kandungan Pihak Ketiga oleh anda adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya, dan anda mengakui serta bersetuju bahawa Zuellig Pharma tidak menyemak mana-mana atau semua Kandungan Pihak Ketiga tersebut dan tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara terhadap Kandungan Pihak Ketiga tersebut. 

8. Penggantungan Laman Web. Kami berhak dari semasa ke semasa, tanpa memberikan sebarang sebab atau notis awal, untuk menaik taraf, mengubah suai, menggantung, menamatkan penyediaan atau mengalih arah, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, Laman Web ini dan sebarang perkhidmatan atau maklumat yang terkandung di dalamnya. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya sebarang naik taraf, penggantungan atau pengubahan terhadap Laman Web ini menghalang anda daripada mengakses Laman Web ini atau mana-mana bahagiannya. Maklumat dan/atau bahan lain yang terkandung dalam Laman Web ini boleh diubah suai, dipadam atau digantikan dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami. 


9. PENAFIAN UNDANG-UNDANG. ANDA BERSETUJU BAHAWA LAMAN WEB INI SERTA SEMUA MAKLUMAT, PRODUK, BAHAN, PERKHIDMATAN DAN FUNGSI YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA DISEDIAKAN KEPADA ANDA “SEADANYA” “SEBAGAIMANA TERSEDIA” DAN BAHAWA ANDA MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. ANDA MENGAKUI DAN BERSETUJU BAHAWA ZUELLIG PHARMA DAN PEMBERI LESENNYA TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG REPRESENTASI ATAU JAMINAN DALAM APA JUA BENTUK BERKAITAN DENGAN LAMAN WEB INI, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, BERDASARKAN UNDANG-UNDANG ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA SEBARANG JAMINAN ATAU SYARAT KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, BEBAS DARIPADA VIRUS KOMPUTER ATAU KOD, AGEN, PROGRAM ATAU MAKRO, KUALITI YANG MEMUASKAN, KEBERDAGANGAN, TIDAK MELANGGAR HAK PIHAK KETIGA, KEGUNAAN ATAU KETEPATAN MASA, YANG KESEMUANYA DENGAN INI DINYATAKAN SEBAGAI DIKECUALIKAN SEPERTI YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. 

ZUELLIG PHARMA DAN PEMBERI LESENNYA JUGA TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG REPRESENTASI ATAU JAMINAN BAHAWA (A) PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG DINYATAKAN DI LAMAN WEB INI TERSEDIA DI NEGARA TEMPAT DI MANA ANDA MENETAP ATAU MENGAKSES LAMAN WEB INI; (B) KANDUNGAN DAN MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN DI LAMAN WEB INI AKAN MEMENUHI SEBARANG PERATURAN KERAJAAN BERKAITAN PENDEDAHAN MAKLUMAT MENGENAI PRODUK UBAT PRESKRIPSI ATAU PRODUK KOSMETIK; ATAU (B) SEBARANG BAHAN DI LAMAN WEB INI ADALAH SESUAI ATAU BOLEH DIGUNAKAN DI LUAR KAWASAN PENGGUNA YANG DIMAKSUDKAN. 

TANPA MENGEHADKAN PERKARA DI ATAS, ANDA BERSETUJU BAHAWA ZUELLIG PHARMA DAN PEMBERI LESENNYA TIDAK MENJAMIN BAHAWA (I) LAMAN WEB INI ATAU BAHAN ATAU MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN DI SINI AKAN MEMENUHI KEHENDAK ANDA; (II) AKSES KEPADA LAMAN WEB INI AKAN BERJALAN TANPA GANGGUAN, TEPAT PADA MASANYA, SELAMAT, ATAU BEBAS RALAT ATAU BAHAWA SEBARANG KECACATAN YANG DIKENAL PASTI AKAN DIPERBETULKAN; DAN (III) KANDUNGAN LAMAN WEB INI ADALAH TEPAT, TERKINI, LENGKAP ATAU BOLEH DIPERCAYAI DAN (IV) PENGGUNAAN MAKLUMAT DAN BAHAN YANG DIPAPARKAN DI LAMAN WEB INI TIDAK AKAN MELANGGAR HAK PIHAK KETIGA. 

10. BATASAN LIABILITI. ANDA BERSETUJU BAHAWA ZUELLIG PHARMA DAN PEMBERI LESENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG GANTI RUGI LANGSUNG, BERBANGKIT, SAMPINGAN, TIDAK LANGSUNG, SECARA EKONOMI ATAU KHAS, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, GANTI RUGI AKIBAT KEHILANGAN KEUNTUNGAN, NAMA BAIK, PENGGUNAAN, DATA ATAU KERUGIAN TIDAK KETARA YANG LAIN, TANPA MENGIRA CARA IA TIMBUL, TERMASUK GANTI RUGI, KERUGIAN DAN PERBELANJAAN YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN (i) SEBARANG AKSES, PENGGUNAAN ATAU KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI; (ii) SEBARANG KEGAGALAN SISTEM, PELAYAN ATAU SAMBUNGAN, RALAT, KECUAIAN, GANGGUAN, KELEWATAN DALAM TRANSMISI, VIRUS KOMPUTER ATAU KOD, PROGRAM EJEN ATAU MAKRO (iii) SEBARANG PENGGUNAAN ATAU AKSES KEPADA MANA-MANA LAMAN WEB ATAU HALAMAN WEB YANG DIPAUTKAN KEPADA LAMAN WEB INI; ATAU (iv) SEBARANG PERKHIDMATAN, PRODUK, MAKLUMAT, DATA, PERISIAN ATAU BAHAN LAIN YANG DIPEROLEH ATAU DIMUAT TURUN DARIPADA LAMAN WEB INI ATAU DARIPADA MANA-MANA LAMAN WEB ATAU HALAMAN WEB YANG DIPAUTKAN KEPADA LAMAN WEB INI ATAU DARIPADA MANA-MANA PIHAK LAIN YANG DIRUJUK OLEH LAMAN WEB INI, WALAUPUN JIKA ZUELLIG PHARMA TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI TERSEBUT. 

11. Indemniti. Anda bersetuju untuk memberi indemniti sepenuhnya dan memastikan Zuellig Pharma dan pemberi lesennya tidak menanggung sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, gantirugi, perbelanjaan, kos dan liabiliti yang ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Zuellig Pharma atau mana-mana pemberi lesennya yang berkaitan dengan atau yang timbul daripada penggunaan anda terhadap Laman Web ini, pelanggaran anda terhadap Terma ini, atau pelanggaran anda terhadap hak mana-mana pihak ketiga. 

12. Notis. Anda bersetuju bahawa sebarang notis boleh dihantar kepada anda melalui e-mel atau melalui siaran di Laman Web ini dan bahawa notis sedemikian akan dianggap telah diterima oleh anda, sekiranya dihantar melalui e-mel dalam masa 24 jam selepas e-mel tersebut dihantar oleh pelayan e-mel Zuellig Pharma, atau, sekiranya disiarkan di Laman Web ini, 48 jam selepas siaran itu dimuat naik. 

13. Kebolehpisahan. Jika mana-mana peruntukan dalam Terma ini atau mana-mana bahagiannya menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana undang-undang yang terpakai ke atasnya, peruntukan tersebut akan menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan setakat itu sahaja dan perkara tersebut tidak akan menjejaskan atau mengurangkan kebolehkuatkuasaan baki bahagian dalam peruntukan tersebut atau peruntukan-peruntukan lain dalam Terma ini. Ketidaksahan, ketidakpatuhan kepada undang-undang atau ketidakbolehkuatkuasaan mana-mana peruntukan dalam Terma ini di bawah undang-undang mana-mana bidang kuasa tidak akan, dengan sendirinya, menjejaskan kesahihan, kesahihan undang-undang dan kebolehkuatkuasaan peruntukan tersebut di bawah undang-undang mana-mana bidang kuasa lain. 

14. Penepian. Sebarang kegagalan atau kelewatan oleh Zuellig Pharma untuk melaksanakan atau menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan dalam Terma ini tidak akan dianggap sebagai penepian terhadap hak atau peruntukan tersebut. 

15. Tiada Hak Pihak Ketiga. Anda bersetuju bahawa, kecuali seperti yang dinyatakan secara jelas dalam Terma ini dan setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, tiada mana-mana pihak ketiga yang akan mempunyai sebarang hak untuk menguatkuasakan mana-mana bahagian daripada Terma ini di bawah mana-mana undang-undang yang dikatakan memberi hak sedemikian. 

16. Undang-undang dan Bidang Kuasa Yang Mentadbir. Anda bersetuju bahawa Terma ini dan penggunaan Laman Web ini oleh anda adalah tertakluk kepada undang-undang Kawasan, dan anda bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah yang berwibawa di Kawasan tersebut. 

Rekod. Anda mengakui dan bersetuju bahawa rekod-rekod Zuellig Pharma dan sebarang rekod berkaitan akses anda kepada, serta komunikasi, transaksi, arahan atau operasi yang dibuat atau dilaksanakan, diproses atau dilakukan melalui Laman Web ini oleh anda atau mana-mana individu yang mendakwa sebagai anda, merupakan bukti muktamad terhadap komunikasi, transaksi, arahan atau operasi tersebut. Anda bersetuju bahawa rekod-rekod sedemikian boleh diterima sebagai bahan bukti dan bahawa anda tidak akan mencabar atau mempertikaikan kebolehterimaan, kebolehpercayaan, ketepatan atau kesahihan kandungan rekod-rekod tersebut semata-mata atas sebab rekod tersebut dalam bentuk elektronik atau dihasilkan oleh atau merupakan hasil daripada sistem komputer, dan dengan ini mengetepikan sebarang hak anda (jika ada) untuk membantah sedemikian.