Apa itu Obesiti?
Obesiti boleh berpunca daripada gabungan faktor yang kompleks, termasuk genetik, persekitaran, pemakanan, gaya hidup, serta keadaan sosial dan budaya.3,4-7
Kajian sejak sedekad lepas telah menunjukkan bahawa faktor genetik mempengaruhi berat badan atau BMI.4,5
Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti, dianggarkan faktor genetik menyumbang 50% hingga 80% untuk variasi berat badan.4 Sebaliknya, mereka yang tidak mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti, variasi faktor genetik hanyalah dalam 30% hingga 35%.4
Namun, faktor genetik sahaja jarang menjadi pengaruh tunggal dalam menentukan bentuk badan atau tingkah laku seseorang individu. Interaksi antara gen dan persekitaran itulah yang boleh mempengaruhi dan membawa kepada penambahan berat badan.5
Seperti penyakit jangka panjang yang lain, obesiti memberi kesan yang ketara terhadap insan yang menghidapinya dan juga orang sekeliling.3,6,7
Hidup dengan obesiti boleh membataskan had fizikal, memberi impak kesihatan mental, dan telah dikaitkan dengan lebih 200 komplikasi kesihatan.7,8 Individu yang menghidapi obesiti mungkin rasa buntu selepas percubaan menurunkan berat badan gagal disebabkan faktor di luar kawalan atau mengalami kitaran turun naik berat badan.9
Dalam percubaan untuk mengekalkan penurunan berat badan, penentangan secara biologi boleh menyebabkan peningkatan rasa lapar, rasa kurang kenyang, dan perubahan metabolisme – semua ini boleh menjejaskan usaha menurunkan berat badan anda.10
Dengan memahami mengapa penurunan berat badan boleh menjadi sukar 3,11, anda dan doktor anda boleh menangani punca obesiti dan mengambil langkah untuk mengawal penyakit ini.

Anda hidup dengan obesiti?
Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan obesiti
Ada beberapa pertimbangan apabila mentakrifkan obesiti – ia bukan sekadar nombor pada penimbang.12 Obesiti adalah penyakit kronik, walaupun BMI boleh digunakan untuk menentukan obesiti, doktor anda juga boleh mengambil kira faktor lain.13 Ini termasuk ukuran nisbah pinggang-tinggi, serta kesan berat badan berlebihan ke atas kesihatan atau kualiti hidup anda dari sudut perubatan, fungsi atau psikologi.14 BMI dikira berdasarkan perbandingan antara berat badan dan ketinggian anda. Ia boleh menjadi penunjuk awal sama ada anda perlu berbincang dengan doktor.
Isi ketinggian dan berat badan untuk kira BMI anda.
Gunakan carta di bawah untuk lihat kategori BMI untuk individu berumur 20 tahun ke atas serta definisinya.15 Anda perlu ingat bahawa kategori BMI mungkin berbeza mengikut etnik individu.13 BMI hanyalah salah satu daripada penunjuk untuk obesiti—anda patut bincang dengan doktor untuk penilaian lanjut.
Kalkulator BMI
Isi tinggi dan berat badan anda untuk dapatkan bacaan BMI.
Jika anda risau tentang bacaan BMI, rujuk doktor anda.
Julat BMI15
≤18.5
18.5 - 22.9
23.0 - 27.4
27.5 - 32.4
32.5 - 37.4
≥ 37.5
-
Accessed on April 28th, 2025: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/obesity-and-overweight
-
Accessed on April 28th, 2025: https://policysearch.ama-assn.org/policyfinder/detail/obesity? uri=%2FAMADoc%2FHOD.xml-0-3858.xml
-
Greenway FL. Physiological adaptations to weight loss and factors favouring weight regain. Int J Obes (Lond). 2015;39(8):1188–1196.
-
Bouchard C. Genetics of Obesity: What We Have Learned Over Decades of Research. Obesity 2021; 29(5):802–820.
-
Albuquerque D, Nóbrega C, Manco L, and Padez C. The contribution of genetics and environment to obesity. British Medical Bulletin 2017; 123:159–173.
-
Eunice Kennedy Shriver National Institute of Child Health and Human Development. What causes obesity & overweight? Reviewed July 28, 2021. Available at: https://www.nichd.nih.gov/health/topics/obesity/conditioninfo/cause [Accessed January 2025].
-
Albano G, Rowlands K, Baciadonna L, Coco GL, Cardi V. Interpersonal difficulties in obesity: a systematic review and meta-analysis to inform a rejection sensitivity-based model. Neurosci BENEFI.
-
Horn SB, Almandoz JP, Look M. What is clinically relevant weight loss for your patients and how can it be achieved? A narrative review. Postgrad Med. 2022;134(4):359–375.
-
Hall KD, Kahan S. Maintenance of lost weight and long-term management of obesity. Med Clin North Am. 2018;102(1):183–197.
-
Ochner CN, Barrios DM, Lee CD, Pi-Sunyer FX. Biological mechanisms that promote weight regain following weight loss in obese humans. Physiol Behav. 2013;120:106–113.
-
MacLean PS, Bergouignan A, Cornier MA, Jackman MR. Biology's response to dieting: the impetus for weight regain. Am J Physiol Regul Integr Comp Physiol. 2011;301(3):R581–R600.
-
National Heart, Lung, and Blood Institute. Overweight and obesity: symptoms and diagnosis. Updated March 24, 2022. Available at: https://www.nhlbi.nih.gov/health/overweight-and-obesity/symptoms [Accessed January 2025].
-
Busetto L, Dicker D, Frühbeck G, et al. A new framework for the diagnosis, staging and management of obesity in adults. Nat Med. E-pub July 5, 2024. doi:10.1038/s41591-024-03095-3.
-
Stephenson J, Smith CM, Kearns B, Haywood A, Bissell P. The association between obesity and quality of life: a retrospective analysis of a large-scale population-based cohort study. BMC Public Health. 2021;21(1):1990.
-
Malaysia Health Technology Assessment Section (MaHTAS). Malaysian Clinical Practice Guidelines for the Management of Obesity, 2nd edition (2023). Available at: https://mems.my/cpg-management-of-obesity [Accessed August 2025].