DASAR PRIVASI LAMAN WEB
Dikemaskini: 14 Julai 2025
Dasar Privasi ini menerangkan amalan umum kumpulan syarikat Zuellig Pharma (selepas ini dirujuk sebagai “kami”, “milik kami” atau “Zuellig Pharma”) berkenaan pengumpulan, penggunaan, pendedahan (selepas ini dirujuk sebagai “pemprosesan”) dan perlindungan data peribadi yang anda berikan melalui laman web ini (selepas ini dirujuk sebagai “Platform”), atau apabila anda berkomunikasi dengan kami dan/atau ejen sah kami melalui pelbagai media dan saluran komunikasi. Dasar Privasi ini juga menerangkan hak anda serta pilihan yang tersedia kepada anda berkenaan penggunaan, akses, dan cara untuk mengemas kini dan membetulkan data peribadi anda.
Dalam Dasar Privasi ini, “data peribadi” secara amnya merujuk kepada sebarang maklumat yang boleh digunakan, sama ada secara langsung atau tidak langsung (contohnya, digabungkan dengan jenis data lain yang mungkin dapat diakses oleh kami), untuk mengenal pasti seseorang individu (iaitu “subjek data”). Undang-undang perlindungan data tempatan mungkin mempunyai definisi yang berbeza mengenai perkara ini, dan setakat mana definisi yang digunakan di sini bercanggah dengan undang-undang, definisi yang ditetapkan oleh undang-undang akan digunakan.
I. Pemprosesan Data Peribadi
Sepanjang urusan anda dengan kami, kami mungkin memproses data peribadi mengenai anda atau mana-mana individu lain bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Ini mungkin berlaku apabila anda secara sukarela memberikan data peribadi tersebut kepada kami, atau, jika perlu, apabila kami menerima data peribadi tersebut daripada pihak ketiga.
Dalam interaksi anda dengan kami atau melalui penggunaan Platform, kami mungkin memproses kategori data peribadi berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
· maklumat hubungan peribadi, termasuk nama, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, maklumat rangkaian sosial, atau nombor telefon anda;
· maklumat log masuk akaun, termasuk ID log masuk akaun/alamat e-mel anda, nama skrin, kata laluan dalam bentuk yang tidak boleh dipulihkan, dan/atau soalan serta jawapan keselamatan;
· maklumat hubungan perniagaan, termasuk pekerjaan, jawatan dan maklumat majikan anda;
· maklumat demografi dan minat, termasuk tarikh lahir, umur, jantina, lokasi geografi, produk dan tawaran perkhidmatan kegemaran, maklumat pembelian, serta maklumat gaya hidup atau isi rumah;
· data teknikal, termasuk alamat protokol internet (IP), jenis sistem operasi, jenis dan versi pelayar web, maklumat peranti anda, serta maklumat yang dikumpulkan melalui penggunaan kuki;
· data penggunaan, termasuk maklumat tentang bagaimana anda menggunakan laman web, aplikasi, produk dan perkhidmatan kami;
· data komunikasi dan pemasaran, termasuk pilihan anda untuk menerima bahan pemasaran daripada kami dan pihak ketiga, serta pilihan komunikasi anda;
· data geolokasi;
· perbualan anda dengan kami (sama ada melalui aplikasi chat atau panggilan telefon secara langsung), apabila anda berinteraksi dengan kami melalui saluran komunikasi kami; dan
· maklumat lain yang dibenarkan oleh undang-undang semasa atau seperti yang dimaklumkan kepada anda ketika anda berurusan dengan kami.
Memandangkan ketepatan data peribadi anda bergantung kepada maklumat yang anda berikan kepada kami, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam data peribadi anda atau jika terdapat sebarang perubahan pada data peribadi anda.
Jika anda memberikan kepada kami data peribadi mengenai individu lain bagi apa-apa tujuan tertentu, anda mewakili dan menjamin kepada kami bahawa individu tersebut telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan telah bersetuju bahawa anda boleh:
· memberi kebenaran bagi pihak mereka untuk pemprosesan data peribadi mereka;
· menerima notis perlindungan data bagi pihak mereka; dan
· memberi jaminan bahawa anda telah memperoleh kebenaran untuk kami menyimpan data peribadi mereka, atau bahawa anda mempunyai hak untuk membenarkan kami memproses data peribadi mereka.
Secara amnya, memandangkan Platform kami bukan untuk individu di bawah umur, kami tidak memberikan kebenaran untuk menerima sebarang data peribadi yang berkaitan dengan individu bawah umur. Sekiranya perkhidmatan tertentu yang disediakan oleh kami memerlukan pengumpulan dan pemprosesan data peribadi individu bawah umur, kami memerlukan ibu bapa atau penjaga sah kepada individu bawah umur tersebut untuk memberikan kebenaran untuk pemprosesan data peribadi mereka.
II. Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Berdasarkan Undang-Undang
Kami kebiasaannya bergantung kepada sekurang-kurangnya salah satu daripada asas undang-undang berikut untuk melaksanakan pemprosesan data peribadi:
· kami mempunyai kebenaran anda bagi tujuan yang telah dimaklumkan;
· apabila pemprosesan adalah perlu dan berkaitan dengan pelaksanaan kontrak bersama anda atau bagi mengambil langkah-langkah atas permintaan anda sebelum memasuki sesuatu kontrak;
· apabila pemprosesan adalah perlu bagi mematuhi kewajipan undang-undang yang dikenakan ke atas kami;
· apabila pemprosesan adalah perlu untuk melindungi kepentingan anda, termasuk nyawa dan kesihatan;
· apabila pemprosesan adalah perlu bagi memberi respons terhadap darurat, atau untuk mematuhi keperluan ketenteraman awam dan keselamatan; atau
· apabila pemprosesan adalah perlu bagi tujuan kepentingan yang sah yang diperlukan oleh kami, pihak ketiga atau mana-mana pihak yang dimaklumkan data tersebut, kecuali jika kepentingan tersebut diatasi oleh hak dan kebebasan asasi anda yang memerlukan perlindungan di bawah undang-undang tempatan.
Kami biasanya bergantung kepada kebenaran untuk memproses data peribadi. Jadual di bawah merumuskan beberapa tujuan umum bagi pemprosesan data peribadi yang mungkin kami laksanakan serta asas undang-undang kami untuk berbuat demikian:
Tujuan | Asas Undang-Undang |
· Untuk mencipta dan mentadbir akaun anda (jika berkenaan)
· Untuk membolehkan anda mengakses atau menggunakan Platform
· Untuk membekalkan anda dengan produk dan perkhidmatan kami
· Untuk memberikan diskaun, bonus, rebat dan seumpamanya bagi pesanan dan pembelian anda
· Untuk menyediakan sokongan bagi produk dan perkhidmatan kami
· Untuk menghubungi dan berkomunikasi dengan anda, termasuk untuk memberi maklum balas terhadap permintaan dan pertanyaan anda, serta untuk kemas kini status
· Untuk menyampaikan maklumat, notis dan info terkini
· Untuk memenuhi sebarang permintaan lain yang mungkin anda telah kemukakan | Apabila perlu untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda Apabila diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang Apabila ia dalam kepentingan kami yang sah untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang diperlukan disampaikan secara berkesan dan sewajarnya |
· Untuk menangani sebarang isu keselamatan produk atau aduan berkaitan produk, serta untuk menghubungi dan berkomunikasi dengan anda berkenaan perkara tersebut
· Untuk menjalankan aktiviti pemulihan
· Untuk menyelesaikan pertikaian atau menyiasat sebarang aduan yang anda laporkan atau yang dilaporkan terhadap anda | Apabila diperlukan demi mematuhi kewajipan undang-undang Apabila kami berkepentingan sah untuk memastikan aduan disiasat dan diselesaikan dengan sewajarnya |
· Untuk membuat laporan kejadian buruk dan keselamatan berkenaan mana-mana produk atau perkhidmatan
· Untuk menambah baik penjagaan pesakit dan keselamatan berkaitan penggunaan ubat-ubatan serta semua campur tangan perubatan dan paramedik
· Untuk menambah baik kesihatan dan keselamatan awam berkaitan penggunaan ubat-ubatan
· Untuk mengesan masalah berkaitan penggunaan ubat-ubatan dan menyampaikan penemuan tersebut dengan segera
· Untuk menggalakkan penggunaan ubat-ubatan secara selamat, rasional dan lebih berkesan
· Untuk menggalakkan pemahaman, pendidikan dan latihan klinikal dalam bidang farmakovigilans serta komunikasi yang berkesan kepada orang awam | Apabila diperlukan demi mematuhi kewajipan undang-undang Apabila kami berkepentingan sah untuk: (a) memastikan pemantauan keselamatan farmakovigilans dilaksanakan; dan/atau (b) memelihara kesihatan dan keselamatan awam |
· Untuk menjalankan penilaian wajar ke atas pihak ketiga yang berurusan dengan kami, seperti vendor dan rakan niaga
· Untuk fungsi dalaman seperti pelaporan, audit dan pengurusan risiko
· Untuk mengekalkan sistem operasi atau pengurusan hubungan pelanggan kami
· Untuk menyelenggara dan mengemas kini rekod pelanggan atau syarikat serta pembangunan dalam urusan perniagaan seharian
· Untuk penyimpanan rekod kami
· Untuk penyediaan dan pelaksanaan semua dokumen, perjanjian dan/atau kontrak yang diperlukan
· Untuk operasi dan penyelenggaraan umum Platform |
Apabila diperlukan demi mematuhi kewajipan undang-undang Apabila kami berkepentingan sah untuk: (a) memastikan kelancaran operasi perniagaan kami; dan/atau (b) mengekalkan rekod perniagaan yang tepat |
· Untuk membangunkan dan menambah baik tawaran produk dan perkhidmatan kami dengan menganalisis dan menilai maklumat yang kami miliki, seperti melalui analitik data dan penyelidikan pasaran
· Untuk membangunkan, memaparkan, mengukur dan menjejak iklan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada kandungan, tinjauan dan promosi Platform atau produk dan perkhidmatan kami, anak syarikat, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu, rakan niaga, serta pihak ketiga lain) serta untuk mengumpul maklumat mengenai anda dan bagaimana anda berinteraksi dengannya semasa menggunakan Platform | Apabila kami berkepentingan sah untuk: (a) membangunkan produk atau tawaran perkhidmatan baru bagi memenuhi keperluan pelanggan kami; dan/atau (b) menambah baik pengalaman pengguna semasa menggunakan produk dan tawaran perkhidmatan kami, termasuk Platform |
· Untuk melaksanakan dan/atau memudahkan kawalan risiko dan penipuan serta pemprosesan pembayaran
· Untuk menghalang, mengesan atau menyiasat sebarang kemungkinan pelanggaran, aktiviti haram atau kandungan terlarang pada Platform
· Untuk menguatkuasakan dan melaksanakan hak yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini atau mana-mana kontrak
· Untuk mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia yang berkaitan dengan semua transaksi komersial, pengendalian perniagaan atau aktiviti kami atau penyediaan produk dan/atau perkhidmatan kami, dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, oleh undang-undang, garis panduan, pekeliling atau kod yang terpakai kepada kami atau mana-mana ahli kumpulan syarikat kami dari semasa ke semasa
· Untuk bekerjasama dengan pengawal selia dan badan penguatkuasa undang-undang |
Apabila diperlukan demi mematuhi kewajipan undang-undang Apabila kami berkepentingan sah untuk: (a) mencegah dan menyiasat pertikaian undang-undang, kemungkinan pelanggaran/serangan, aktiviti haram atau kandungan yang dilarang; (b) menguatkuasakan hak-hak kontrak; dan/atau (c) bekerjasama dengan badan pengawal selia dan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang |
· Untuk memudahkan pelaksanaan penilaian wajar atau pemindahan aset yang sebenar sekiranya berlaku pemindahan perniagaan, dicadangkan atau sebenar, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, penjualan perniagaan, pelupusan, pemerolehan, penggabungan, pemisahan, usaha sama, penyerahan hak, penyusunan semula perniagaan, aset atau saham Zuellig Pharma atau transaksi lain yang seumpamanya | Apabila diperlukan demi mematuhi kewajipan undang-undang Apabila kami berkepentingan sah untuk melaksanakan sebarang penyusunan semula korporat bagi pertumbuhan atau pengoptimuman perniagaan kami |
· Untuk menghantar kepada anda maklumat atau jemputan ke acara, seminar, persidangan, inisiatif dan, promosi dan ceramah yang mungkin menarik minat anda
· Untuk menganjur dan mengurus acara profesional dan kongres, termasuk penyertaan anda dalam acara tersebut
· Untuk mempromosikan dan menyampaikan berita serta maklumat mengenai Platform, produk dan perkhidmatan kami, anak syarikat kami, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu, rakan niaga, serta pihak ketiga lain, dan komunikasi tersebut mungkin dimulakan oleh kami atau melalui pihak ketiga
· Untuk menyampaikan iklan berasaskan tingkah laku dalam talian (iaitu, untuk memaparkan iklan dalam talian berkenaan produk dan/atau perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda berdasarkan tingkah laku anda sebelum ini, serta untuk memaparkan iklan dan kandungan di platform media sosial) | Apabila kami berkepentingan sah, dan tertakluk kepada kebenaran anda apabila dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai, untuk memberikan kepada anda maklumat pemasaran yang mungkin menarik minat anda |
III. Akibat Keengganan atau Kegagalan Memberikan Data Peribadi
Melainkan dinyatakan sebaliknya, data peribadi yang diberikan kepada kami adalah atas dasar sukarela sepenuhnya dan anda tidak tertakluk kepada sebarang kewajipan atau paksaan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, sekiranya anda tidak memberikan data peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesan yang timbul daripadanya. Ini termasuk:
· ketidakupayaan kami untuk menyediakan produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta, sama ada pada taraf yang sama, atau langsung tidak dapat disediakan;
· ketidakupayaan kami untuk memberikan maklumat kepada anda berkenaan produk dan/atau perkhidmatan yang mungkin anda inginkan, termasuk maklumat mengenai diskaun atau promosi istimewa, atau mengenai produk dan/atau perkhidmatan baru; dan
· ketidakupayaan kami untuk menyesuaikan kandungan Platform mengikut pilihan anda, dan menyebabkan penggunaan Platform mungkin tidak sebaik atau seberguna yang anda harapkan.
IV. Pemakluman Data Peribadi
Untuk membolehkan kami memenuhi tujuan-tujuan yang disenaraikan di atas, kami mungkin memaklumkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
· pelbagai entiti dalam kumpulan syarikat kami (termasuk yang diperbadankan pada masa hadapan), pemegang lesen, atau rakan niaga;
· pekerja, ejen, wakil, ahli perkongsian, entiti usaha sama, kontraktor, penyedia perkhidmatan pihak ketiga, subkontraktor, atau pihak lain yang kami anggap perlu untuk memudahkan urusan anda dengan kami;
· pembekal, pengilang, dan rakan pakatan perniagaan bagi produk dan/atau perkhidmatan kami;
· pemegang yang berkait dengan kebenaran pemasaran produk dan/atau perkhidmatan kami;
· pihak-pihak yang kami perlu maklumkan di atas kewajipan untuk melaporkan isu keselamatan atau aduan produk;
· penasihat profesional kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada peguam, akauntan, juruaudit, dan penasihat kewangan atau ahli penasihat profesional lain yang dilantik berkaitan dengan perniagaan kami;
· mana-mana individu, pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa berkanun, pengawal selia industri atau pihak ketiga berkaitan yang kami diwajibkan atau dikehendaki untuk memaklumkan data kepada mereka menurut undang-undang, atau jika kami mempunyai alasan kukuh untuk mempercayai bahawa pemakluman tersebut perlu bagi melindungi dan/atau mempertahankan hak dan kepentingan kami atau berkaitan dengan penyiasatan penipuan, pelanggaran, cetak rompak, pengelakan dan penghindaran cukai atau aktiviti haram lain;
· bakal pemeroleh dan pihak berkepentingan lain sekiranya berlaku sebarang pemindahan perniagaan, sama ada dicadangkan atau nyata-nyata berlaku, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, penjualan perniagaan, pelupusan, pemerolehan, penggabungan, pemisahan, usaha sama, penyerahan hak, penyusunan semula perniagaan, aset atau saham Zuellig Pharma atau transaksi lain yang seumpamanya; dan
· mana-mana pihak lain yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk tujuan di atas atau sebarang tujuan lain di mana data peribadi anda dimaklumkan pada masa pengumpulannya atau apa-apa tujuan lain yang berkaitan secara langsung dengan mana-mana tujuan di atas.
Kami telah menugaskan pihak ketiga secara sah untuk memproses data peribadi selaras dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh kami. Pihak ketiga juga dipertanggungjawabkan secara sah untuk memastikan keselamatan data peribadi pada tahap keselamatan yang sesuai selaras dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai dan piawaian industri yang diterima secara meluas.
V. Perlindungan Data Peribadi
Kami akan memastikan bahawa semua kewajipan untuk melindungi maklumat sulit serta langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi dilaksanakan untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda yang dikumpul melalui pelbagai kaedah yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini bagi mengelakkan sebarang akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian, pendedahan atau pemprosesan yang tidak sah atau haram terhadap maklumat dan data tersebut, serta kehilangan, kemusnahan atau kerosakan secara tidak sengaja ke atas maklumat dan data tersebut.
Antara langkah keselamatan yang kami laksanakan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
· menyimpan data peribadi anda dalam sistem yang dilindungi oleh rangkaian yang selamat;
· melaksanakan kawalan akses berdasarkan peranan untuk mengehadkan akses kepada data peribadi tersebut hanya kepada pekerja yang perlu mengetahui maklumat ini bagi tujuan melaksanakan tugas rasmi mereka, dan pihak ketiga yang diberi kuasa yang terikat secara kontrak untuk mengambil langkah munasabah bagi memastikan data peribadi anda selamat;
· memantau sistem kami secara berkala untuk mengenal pasti kelemahan dan serangan yang mungkin berlaku, serta mengkaji semula amalan pengumpulan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat kami secara berkala untuk mengemas kini langkah keselamatan fizikal, teknikal dan organisasi kami; dan
· mengesahkan identiti pemohon sebelum mereka boleh mengakses atau mengubah data peribadi yang mereka mempunyai hak akses atau hak pengubahsuaian yang sah.
Pematuhan terhadap peruntukan ini adalah dikehendaki daripada semua pihak ketiga yang diberi kuasa yang mungkin mengakses data peribadi seperti yang diterangkan di atas.
VI. Hak Anda
Berkenaan dengan data peribadi yang telah anda serahkan kepada kami, anda mungkin mempunyai hak pada bila-bila masa untuk:
· meminta akses kepada data peribadi anda dalam rekod kami;
· meminta pembetulan data peribadi anda dalam rekod kami sekiranya maklumat tersebut tidak tepat, mengelirukan, sudah lapuk atau tidak lengkap setelah pengesahan dan pengesahan semula maklumat baharu yang diberikan;
· meminta supaya pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran dihentikan;
· membantah pemprosesan data peribadi anda, meminta supaya pemprosesan data peribadi anda dihadkan atau disekat, atau meminta data peribadi anda boleh dimudah alih;
· menarik balik persetujuan anda dan untuk kami tidak meneruskan pemprosesan data peribadi anda; dan
· mengemukakan pertanyaan atau aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data yang berkenaan mengenai pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda oleh kami.
Sekiranya anda ingin melaksanakan mana-mana hak yang dinyatakan di atas dan hak tersebut diiktiraf di negara anda, sila tulis kepada kami menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan dalam Bahagian XIII (Hubungi Kami) di bawah. Berkenaan dengan permintaan untuk mengakses atau membuat pembetulan terhadap data peribadi anda dalam rekod kami, permintaan tersebut mesti disokong dengan penyerahan dokumen yang berkaitan seperti yang mungkin diperlukan oleh kami. Bergantung kepada jenis dan tahap sensitiviti permintaan tersebut, kami mungkin memerlukan anda untuk mengemukakan dokumen-dokumen tersebut secara bersemuka bagi tujuan pengesahan identiti dari semasa ke semasa ke alamat yang dinyatakan dalam Bahagian XII (Hubungi Kami) di bawah. Kami hanya akan membuat pembetulan yang sesuai berdasarkan maklumat yang dapat disahkan/pengesahan dan maklumat terkini yang diberikan oleh anda. Permintaan anda juga mungkin tertakluk kepada bayaran selaras dengan keperluan undang-undang yang berkenaan.
Berkenaan dengan penarikan balik persetujuan, anda boleh menarik balik, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, persetujuan yang telah anda berikan kepada kami.
Anda boleh meminta kami memadam data peribadi anda, dan kami akan menggunakan usaha yang munasabah secara komersial untuk memenuhi permintaan anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami mungkin dikehendaki untuk menyimpan maklumat tersebut dan tidak memadamkannya bagi tempoh masa yang dikehendaki oleh undang-undang atau untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami. Apabila kami memadam sebarang maklumat, maklumat tersebut akan dipadam daripada pangkalan data aktif tetapi mungkin kekal dalam arkib kami. Kami juga mungkin mengekalkan maklumat anda untuk tujuan pencegahan dan pengesanan penipuan atau tujuan serupa.
Pelaksanaan mana-mana hak anda atau penarikan balik persetujuan seperti yang dirujuk di atas adalah, dalam setiap hal, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang terpakai, syarat kontrak, dan tempoh masa yang munasabah. Ia juga mungkin tertakluk kepada sama ada pelaksanaan tersebut akan menjejaskan operasi perniagaan kami dan keupayaan kami untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami.
Kami juga boleh, selaras dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai kepada kami, menolak daripada memenuhi permintaan anda. Jika kami menolak pematuhan permintaan tersebut, kami akan memaklumkan kepada anda mengenai penolakan kami dan alasan bagi penolakan tersebut.
VII. Pengekalan Data Peribadi
Data peribadi yang anda serahkan kepada kami hanya akan disimpan selama mana diperlukan bagi tujuan ia dikumpulkan atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang semasa.
Walaupun sistem kami direka bentuk untuk melaksanakan proses pemadaman data mengikut garis panduan di atas, kami tidak dapat menjanjikan bahawa semua data akan dipadam dalam jangka masa tertentu disebabkan oleh kekangan teknikal. Apabila kami tidak lagi memerlukan penggunaan data peribadi anda, data tersebut akan dikeluarkan daripada sistem dan rekod kami atau dinyahnamakan supaya anda tidak lagi boleh dikenal pasti daripadanya.
VIII. Pemindahan Data Peribadi di Peringkat Antarabangsa
Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami, kami mungkin memindahkan data peribadi anda kepada syarikat gabungan kami dan kakitangan, ejen dan pihak ketiga yang diberi kuasa di bidang kuasa di mana kami beroperasi atau yang kami anggap sesuai atau diingini (melainkan undang-undang yang terpakai menetapkan sebaliknya) bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Khususnya, kami mungkin memindahkan data peribadi anda kepada syarikat gabungan kami di luar negara di mana kemudahan storan teknologi maklumat dan pelayan kami mungkin ditempatkan. Semua pemindahan tersebut dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang yang terpakai.
IX. Pautan ke Laman Web atau Aplikasi Lain
Platform ini mungkin mengandungi pautan ke dan dari laman web serta aplikasi rangkaian rakan kongsi kami, pengiklan dan/atau pihak ketiga lain. Jika anda mengklik pada pautan ke mana-mana laman web atau aplikasi tersebut, anda akan meninggalkan Platform dan diarahkan ke laman web atau aplikasi yang anda pilih. Memandangkan kami tidak dapat mengawal aktiviti pihak ketiga, kami tidak boleh menerima tanggungjawab terhadap sebarang penggunaan data peribadi anda oleh pihak ketiga tersebut, dan kami tidak dapat menjamin bahawa mereka akan mematuhi amalan privasi data yang sama seperti kami. Kami menggalakkan anda untuk menyemak dasar privasi laman web atau aplikasi tersebut sebelum memberikan sebarang data peribadi.
Sekiranya Platform membolehkan anda untuk menggunakan log masuk media sosial anda, sila ambil maklum bahawa anda mungkin akan berkongsi maklumat profil anda dengan kami. Kami menggalakkan anda untuk melawat platform media sosial yang berkenaan dan menyemak polisi privasinya untuk memahami bagaimana data peribadi anda dikongsi dan digunakan dalam konteks ini, serta untuk membuat perubahan yang diperlukan pada tetapan media sosial anda.
X. Promosi dan Pemasaran
Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memasarkan produk, perkhidmatan, acara, seminar, persidangan, inisiatif, dan promosi serta ceramah kami (iaitu milik anak syarikat, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu kami), rakan niaga, penaja dan/atau pengiklan. Kami mungkin menyampaikan komunikasi pemasaran tersebut kepada anda melalui pos, panggilan telefon, e-mel, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), media sosial dan/atau mana-mana saluran komunikasi lain yang sesuai, bergantung kepada apa yang telah anda persetujui bersama kami. Jika anda ingin pemprosesan data peribadi anda dihentikan untuk tujuan pemasaran dan promosi, anda boleh mengklik pautan “Unsubscribe” dalam e-mel atau mesej berkaitan yang anda terima daripada kami. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi kami secara langsung di alamat e-mel yang dinyatakan dalam Bahagian XIII (Hubungi Kami) di bawah. Sila ambil perhatian bahawa setelah kami menerima permintaan nyahlanggan anda, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja untuk kami memproses permintaan tersebut dan dikemas kini dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima komunikasi pemasaran dalam tempoh masa ini. Sila juga ambil perhatian bahawa, walaupun anda memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran, anda masih mungkin menerima komunikasi pentadbiran daripada kami, seperti pengesahan pesanan atau transaksi lain, dan pengumuman penting lain yang tidak berkaitan dengan pemasaran.
XI. Bahasa
Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan mana-mana versi bahasa lain bagi Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
XII. Pindaan Dasar Privasi
Zuellig Pharma berhak untuk mengubah, mengemas kini dan/atau meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan pindaan kepada Dasar Privasi ini dimaklumkan dengan memaparkan semua pindaan dengan jelas di Platform dan tempat-tempat lain yang kami anggap sesuai untuk satu tempoh masa yang munasabah. Pindaan kepada Dasar Privasi ini akan berkuat kuasa serta-merta setelah diterbitkan di mana-mana Platform, kecuali dinyatakan sebaliknya. Kami menggalakkan anda untuk menyemak Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat tentang sebarang pindaan yang berkaitan, terutamanya sebelum anda memberikan sebarang maklumat kepada kami. Akses atau penggunaan berterusan anda terhadap Platform dan/atau pemberian data peribadi anda kepada kami selepas sebarang pindaan kepada Dasar Privasi ini menunjukkan persetujuan anda terhadap amalan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi yang telah dikemas kini. Sekiranya anda tidak bersetuju, anda hendaklah segera menghentikan penggunaan Platform, berhenti memberikan sebarang data peribadi kepada kami dan memaklumkan kami secara bertulis mengikut cara yang dinyatakan dalam Bahagian VI (Hak Anda) dan XIII (Hubungi Kami).
XIII. Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang maklum balas atau soalan mengenai Dasar Privasi ini dan cara kami mengendalikan data peribadi anda, atau jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh menghubungi kami di:
Zuellig Pharma Sdn. Bhd.
No.15, Persiaran Pasak Bumi, Seksyen U8, Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
MYZP-Dataprivacy@zuelligpharma.com
Dengan menghantar e-mel kepada kami, anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan menjawab pertanyaan anda.